3 AMALAN UTAMA DI BULAN MUHARRAM



MUHARRAM termasuk bulan yang dimuliakan Allah SWT. Saking mulianya, ia dijuluki dengan ‘Syahrullah’ atau ‘bulan Allah.’

Muharram menjadi bulan mulia dalam tahun Hijriyah kerana di dalamnya terdapat amalan sunah yang sangat dianjurkan untuk melakukannya.

Berikut tiga amalan utama pada Tahun Baru Islam yang dirangkum dari berbagai sumber:

1. Puasa Asyura

Dilakukan pada 10 Muharram. Keutamaan yang didapat adalah menggugurkan dosa selama setahun ke belakang.

Dari Abu Qatadah ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Puasa pada hari Arafah dapat menghapus dosa selama dua tahun, iaitu tahun yang berlalu dan tahun yang akan datang. Dan puasa pada hari Asyura menghapuskan dosa tahun yang lalu.”
(HR Jamaah kecuali Bukhari dan Tirmidzi)

2. Puasa Tasu'a

Puasa sunah ini dilakukan sehari sebelum puasa Asyura, yakni pada 9 Muharram. Imam Nawawi ra menyebutkan ada tiga hikmah disyariatkannya puasa pada hari Tasu’a:

Pertama, untuk menyelisihi orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke sepuluh saja.

Kedua, untuk menyambung puasa hari ‘Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jumaat saja.

Ketiga, untuk kehati-hatian dalam pelaksanaan puasa Asyura, dikhawatirkan hilal berkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan hitungan, hari kesembilan dalam penanggalan sebenarnya sudah hari ke sepuluh.

3. Perbanyak sedekah dan menyantuni Anak Yatim

Menyantuni anak yatim memang tak perlu menunggu bulan Muharram. Namun bila dilakukan di hari Asyura (10 Muharam), maka Allah SWT akan mengangkat darjatnya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang mengusapkan tangannya pada kepala anak yatim, di hari Asyura' (tanggal 10 Muharram), maka Allah akan mengangkat darjatnya, dengan setiap helai rambut yang diusap satu darjat. Saya dan orang yang menanggung hidup anak yatim seperti dua jari ini ketika di syurga. Beliau berisyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah, dan beliau memisahkannya sedikit.”
(HR. Bukhari no. 5304)
Share on Google Plus

Bersama Khadimul Ummah

"Berbagi Tuk Sesama Tak Harus Menunggu Kaya"

0 komentar:

Posting Komentar